LAMAN UTAMA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, 

Blog ini dibangunkan khusus untuk tugasan kursus BMS 3022 Karya Agung Melayu Semester 2 Sesi 2015/2016 oleh Kumpulan A (5). Kami merupakan pelajar semester 8 Universiti Pendidikan Sultan Idris bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu. Dalam blog ini telah dimuatnaikkan analisis mengenai karya agung tradisional iaitu Hikayat Merong Mahawangsa dan Karya Agung Moden iaitu Novel Juara. Analisis karya-karya ini merangkumi aspek-aspek yang berikut: 

  1. Pemikiran
  2. Falsafah 
  3. Nilai Budaya dan Pandangan Hidup 
  4. Estetika dan Kepengarangan 
  5. Nilai Ilmu
Dalam blog ini juga terdapat analisis mengenai tokoh-tokoh karya agung Melayu serta peranan dan sumbangan mereka terhadap perkembangan bahasa dan peradaban Melayu. Semoga blog ini dapat memberi manfaat dan  rujukan kepada pembaca.


Sekian, terima kasih.